Wednesday, October 21, 2009

CARA-CARA MEMBUAT KEK COKLAT MOIST ASSALWAFOOD

Bahan yang diperlukan... 1 bungkus tepung kek coklat lembab ASSALWAFOOD, 250 gram butter, 4 biji telur ayam (gred A/B) & 1 cawan air ais.


Putar 250 gram butter dengan bahan bertanda "1" (gula). Putar sehingga betul2 kembang...


Bila sudah kembang, masukkan 4 biji telur (satu persatu). Setiap biji telur hendaklah dipukul selama 1 minit.


Masukkan bahan bertanda "2" (tepung kek) sedikit demi sedikit @ gaul adunan hingga sebati.


Campurkan bahan bernombor 3 (emulco) ke dalam 1 cawan air ais. Caranya: gunting plastik & rendamkan sehingga warnanya tanggal dari plastik. Kalau tak buat gitu, emulco tu susah nak tanggal. Pastu tuang dalam adunan & kacau sebati.


Masukkan dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak & marjerin. Kukus selama 35 minit (lebih moist), atau bakar dalam oven selama 45 minit (180 c) atau sehingga masak...


Inilah rupanya kek yang telah masak. Dah letak topping pun. Untuk melihat cara membuat topping kek coklat ASSALWAFOOD, sila lihat posting di bawah.


Taburkan coklat rice atau apa2 aje hiasan yang anda rasa bersesuaian dengan citarasa anda.


Inilah rupanya kek coklat moist yang amat simple dekorasinya. Bukan apa, sebenarnya kek ni ditempah orang. Dia mintak buat untuk harijadi, sekadar nak melepaskan hajat anaknya. Yang penting dia kata nak simple2 aja...

Ni dia keknya yang dah siap dimasukkan dalam kotak...terima kasih kak Yati...(jiran saya).

Sunday, October 18, 2009

CARA-CARA MEMBUAT TOPPING KEK COKLAT MOIST


Campurkan bahan X bersama 1/2 cawan air. Masak menggunakan periuk @ kuali dengan menggunakan api yang perlahan. Kacau hingga sedikit pekat. (jangan telalu kental). Tuang segera ke atas kek. Ratakan.

Sunday, October 4, 2009

ULANGTAHUN KELAHIRAN SUAMIKU...KULLU `AAM, WA ANTA BI KHIR...


AWAS!
GAMBAR/ILUSTRASI & POSTING INI BUKAN UNTUK TUJUAN DAGANGAN. (HANYA UNTUK BERKONGSI CERITA SAHAJA).


1 SYAWAL bersamaan 20 September baru2 ini merupakan tarikh lahir suamiku yg ke 33. Teruja nmpaknya dia bila hari tersebut jatuh pd Idulfitri thn ini.. (sbnrnya, org rumahnya yg terlebih bersemangat). Jd, untuk melayan keterujaan kami tu, trasa la nk buat kek coklat kat suami. Apa lg, guna la tepung kek dari ASSALWAFOOD. Cuma kali ni rajin sikit nak decorate n buat aising. Opss...sori ya! Tercomot la pulak, smpai meleleh-leleh toppingnye. Bkn apa, byk sgt tangan yg nak bantu hias kek ni, anak2 sedara plak ramai yg himpit2...terganggu sungguh! Kalau di edit, takut makin buruk jadinya (sbb bekas alas kek yg melengkung ke atas, susah betul nak lap). Alhamdulillah...dengan izin Allah, ini la hasilnya...


UCAPAN KHAS UNTUK SUAMIKU...

"Tiada yang berkuasa melainkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala... Semoga Allah memberikan kebaikan & kesihatan yang baik hingga akhir hayat. Majulah untuk usaha agama yang mulia, berkhidmatlah untuk Allah & Rasul. Aamiin..."